rVd's GrEEtinG...

">

rVd's GrEEtinG...

Selasa, 17 Mei 2011

Aku Budak Kampung

Aku budak kampung
Walau dalam serba kekurangan
Tetapi aku bangga
Kerna di sini
Mengajarku erti sebuah kehidupan.

Kampung Galok, Pasir Mas, Kelantan, itulah kampung tumpah darahku. Even kampung ni kampung yang berada di kawasan luar bandar, tetapi kampung ini mengajarku erti sebuah kehidupan. Hidup tidak sentiasa mudah!!!! Itulah pengajaran berguna yang kuperoleh sepanjang menjadi anak kepada sepasang keluarga petani dalam usaha untuk membesarkan kami sembilan beradik. Keluar pagi, balik petang. Kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Dua peribahasa berkenaan sudahpun dapat menggambarkan kesusahan kedua-dua ibu bapa membesarkan kami semua. Namun, hasil berkat kesabaran dan kegigihan mereka, kini kami sekeluarga telahpun keluar daripada kepompong kemiskinan. Lima daripada sembilan adik beradik kami telahpun menjejakkan kaki ke menara gading manakala dua lagi masih bersekolah.  Kata-kata keramat daripada ibuku:
“chu belajar la elok-elok
Chu jangan sia-siakan pluwe ni
chu blaja la rajin-rajin
chu buatlah yang terbaik untuk diri sendiri
mek ngan ayoh xdop benda nak wi
cukuplah hanya mek ayoh ata chu g skoloh”.

Kata-kata keramat ini akan kuingati sampai bila-bila kerana kau ibu bapaku. Jerih perihmu akan berbalas suatu hari nanti. Ibu kasihmu membawa ke syurga, ayah kasihmu sepanjang masa. Diringkaskan cerita, kehidupanku di kampung halaman banyak ditunjangi oleh pengalaman yang tidak akan mungkin dapat kulupakan. Seperti jua kanak-kanak lain, aku ni agak nakal dan degil semasa kecil. Jadi, aku ni memang membawa banyak mengundang masalah kepada keluarga, terutamanya ibuku dan telingaku ini jugalah menjadi medium untuk ibuku melepaskan geram.

Antara pengalaman yang tidak dapat kulupakan adalah semasa musim tengkujuh. Kampungku seringkali dinaiki oleh air banjir, jadi inilah peluang keemasan yang tidak akan aku lepaskan setiap kali banjir melanda iaitu bermain air banjir. Seronok sungguh dapat bermain air banjir kerana aku seringkali berfantasi dapat berenang-renang di dalam kolam renang. Jadi kuibaratkan air yang bertakung semasa musim banjir bagaikan sebuah kolam renang yang luas. Oleh hal yang dimikian, aku dan kawan-kawan sekampungku menjadikan lopak-lopak air yang terbentuk ini sebagai platform untuk melepaskan gian bermain air. Lucu juga apabila dikenang semula pengalaman yang tidak mungkin berulang kembali itu.

Selain itu, kedua-dua ibu bapa juga merupakan petani yang gigih. Selepas selesai menoreh getah dalam pukul 1000, mereka berdua seterusnya akan mengerah keringat membanting tulang empat kerat di ladang (xde la ladang jugop, tanah sekangkang kera jew) berhampiran dengan rumahku. Pelbagai tanaman yang mereka tanam. Antaranya tembakau, ubi keling (ubi yang ditanam di Kelantan jew kot), jagung, ubi keledek, ubi kayu, sayur-mayur dan tidak terkecuali padi sawah. Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sekiranya ada lebihan tanaman ini, kedua-dua ibu bapaku akan menjualnya kepada orang kampung. Hal ini sedikit-sebanyak mampu menambahkan pendapatan kami sekeluarga memandangkan keperluan perbelanjaan persekolahan kami adik-beradik yang semakin meningkat saban hari. Namun kini, kedua-dua ibu bapaku tidak lagi bergiat aktif dalam kegiatan ini, tetapi tidaklah “menggantung cangkul” 100%, sebaliknya kegiatan pertanian ini hanya dilakukan pada waktu petang sahaja.


Tu jew la kot, aku mampu tulis sebagai mukadimmah untuk entry “Aku Budak Kampung” buat kali ni. Bersua di lain kalam. Huhuhu. Tapi sebelum tu, tengok-tengok la yea gambar kat bawah nie, origanally aku snap kt “kebun” mek n ayoh aku, ne tau ader dalam kalangan korang yang x kenal kowt tanaman tersebut. Har89x... papepom, tinggalkan jejaq anda. Sekian.....


Tembakau.. Antara tnaman utama dahulu kt kG aq... tp skrg,, x ag!!

Terung....

Ubi keling,, kt Klate jew kowt ader ditanam..... hurm!!

Ubi stelow a.k.a ubu keledek... wt cek mek molek pom sodap..

Murah2x,, skilo RM 1.50 jew..
sila2x...

Batas ubi keledek...

proses pengeringan.....
Berbudi pd tanah,, inilah hasilnya...
~~ huhuhu ~~

Ubi kayu,, laris pd msm bnjir,, main item nk wt putu halba neh....

5 ulasan:

  1. Berbudi kepada tanah memang dapat hasilnya ! Semoga tanaman terus subur :)

    BalasPadam
  2. (Tapi sebelum tu, tengok-tengok la yea gambar kat bawah nie, origanally aku snap kt “kebun” mek n ayoh aku, ne tau ader dalam kalangan korang yang x kenal kowt tanaman tersebut. Har89x... papepom, tinggalkan jejaq anda. Sekian.....)

    Gu dio.. po makoh kawe alah musim ubi kayu ari tuh jah.. narattt.. har3x..

    Apo pom.. Ingat Jaso Ibu bapa, hidup lebih diberkati :)

    BalasPadam
  3. an interesting experience,,,berbeza dgn saye :)

    BalasPadam