rVd's GrEEtinG...

">

rVd's GrEEtinG...

Sabtu, 9 Julai 2011

KISAH DUKA BUATMU...

Wanita Melayu Terakhir: Ana Raffali...

       Pada pagi yang gelap, terjadilah satu peristiwa yang menggembirakan aku pada saat itu. Pada mulanya aku tidak mengenali dirimu tetapi selepas itu dalam diam aku mencintaimu. Aku dilanda cinta gila. Kurasakan duniaku sepi tanpa kehadiranmu. Kau harus ada di mana tempatku berada. Oooooo (tetibe). Dari sehari ke sehari, aku semakin terpaut sayang padamu. Kuidamkan rindu dan terus memendam rasa. Kerinduan yang brutal menyelubungi diriku. Tapi, pada siapa aku boleh lepaskan kerinduan ini, pada kayu? Pada meja? Or pada keyboard? Benda-benda ni bukan boleh pakai.

       Biar betul cintaku tersimpul rapi khas buat dirimu seorang. Mungkinkah terjadi dikau akan kumiliki kerana dikaulah orang yang kusayang. Lantas kuciptakan lagu untukmu untuk meluahkan perasaan cinta yang tersirat nun jauh di sudut hatiku. Bahagia!! Dunia ini kurasakan bagaikan aku yang punya. Penantianku berbaloi apabila aku berjaya mengajakmu 'dating' pada mesin waktu 1700. Ketika ini, inginku melompat lebih tinggi kerana aku terlalu chinta padamu. Aku telah terjerat dalam jerat percintaan. Aku menyatakan yang aku terlalu fanatik dan dekat padamu. Situasi keterujaan bertemumu menyelubungi diri ini.

       Pada babak pertama (tetibe teringat kt OST Juvana), taman rashidah utama menjadi saksi pertemuan kita. Chantek, vogue spontan kata-kata tersebut terpacul keluar daripada mulutku. Berdebar, dub dab dub dab, gerak hatiku bermonolog. Yup, kau sememangnya gadis semasa yang kucari. Bait-bait khatimah cinta yang kucipta hampir seminggu kuluahkan padamu. Kalau berpacaran, jangan tunggu lama-lama, kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama (tetibe).

       Demi cinta suci, aku sanggup bersamamu tetapi kau tergamak mengecewakan aku. Aku rasakan syurga di hati kita musnah. Ku beranggapan kaulah wanita seluruh dunia yang mampu memberi cinta sempurna bagiku, tetapi kasih kita hanya di mata, bukan di hati, jantung mahupun paru-paru. Hujan bunga di Kuala Lumpur, tragis, kau sememangnya raja drama yang terbaik!!! Menyesal kuakui tak terima cintamu dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku. Tanya sama pokok, apa sebab goyang, nanti jawabnya angin yang goncang (tetibe).

     Kini rinduku tiada berteman, lalu kusapu air mata perpisahan. Biso Bonar, seksa, pedih apabila cinta didusta. Maklumlah kau sudah ada pengganti mahligaimu dari air mataku. Pengalaman ini membuatkan aku fobia dan tidak sanggup untuk bercinta lagu. Bukanku mengungkit diriku kiranya kau terasa. Owwwwhhhh, ANA RAFFALIku!!!!!! Haha3.87X!!


















































































































































































1 ulasan: